Celoteh sang hamba

Posted in Uncategorized on November 19, 2009 by AL-Qalam

Assalamualaikum tuan umah!!! Hehehe..lama aku xupdate blog ni..sje je nak mencelah dalam kesibukan kerja ni, ye la..sebab aku pun kadangkala xtau nak luah kat mana kan..so blog la teman setia aku..ehhehe..kadang2kan aku terpikir, npe ea ada jenis orang yang suka melaga-lagakan org len..seronok sgt ke jadi macam tu?seronok?seronok agaknya melihat ada pihak yang bertelagah, bertekak demi sebuah keadilan yang xpasti, seronok benar agaknya menjadi begitu dan seolah-olah berbangga dengan sikap sebegitu, mungkin ada yang memikirkan dan beranggapan, org akan takut dan org akan hormat kat org yg macam tu, ye la..bile org yg jenis macam tu berkata sesuatu, xde pihak yang akan membidas, melawan kata2, timbul kemegahan, TAPI!! Jgn salah sangka, sebenarnya org bukan hormat..bukan juga menurut segalanya, bahkan kebencian yang diperolehi dr tindakan sebegitu, bukan aku nak kata aku ni baik sgtla, Cuma nk mengingati diri sendiri supaya tak berkelakuan sebegitu, bukan kebencian yng kita cari dalam hidup, bukan juga kehinaan yang kita impikan,tapi!! Yang aku pasti, aku bukan berkata kosong, ini smua melalui pengalaman aku, memang aku budak ‘mentah’ dalam kehidupan ini.. bukan sematang itu untuk berbicara tapi sikap sebeginilah yang menjadikan kerja kita xseronok seperti yang disangka, mengambil peluang atas orang lain, kesenangan atas kesusahan orang lain, beruntungkah bgitu?untung?, namun kita hdup kat dunia ni saling memerlukan antara satu sama lain, untuk apa bergaduh?untuk apa bertekak? Kalau tujuan kita sama, niat kita serupa..cuba bayangkan diri sendiri kalau berada ditempat org yang kita kena kan, mesti xmahu kita dilayan seperti macam tu kan?apa2pun, marilah kita sama2 muhasabah diri sendiri, sudah cukupkah amalan kita? Sudah sempurnakah kita? Memang dalam dunia ini xde sape yang sempurna, tapi sempurna yang aku maksudkan, sempurna sifat sebagai seorang insan, seorang hamba Allah yang entah bila akan dipanggil pulang, toleh kebelakang sebentar, adakah kita sudah berusaha sebaiknya?marilah kita sama2 berfikir, dari titik tolak kehidupan ini sebelum bekahirnya kehidupan dengan sbuah noktah, penamat segalanya…

Mengalah untuk menang

Posted in life on August 20, 2009 by AL-Qalam

kata orang, hidup ini kita perlu untuk mempertahankan hak kita, maruah kita, namun kalau smuanya mahu memberontak, siapa pula yang mahu mengalah? andai kita berada dipihak yang harus mengalah, xsalah kalau kita nak mengalah, sebab mengalah xbererti kita kalah, mengalah xbererti kita jatuh tanpa berpaut dan boleh bangun kembali, hurm..ntahlah..kadang2 kalau kita terlalu memikirkan soal hidup, kita akan sering jumpakan kekurangan, semakin kita mencari kesempurnaan semakin jua kita melihatkan kekurangan dan kelemahan kita, namun!! jangan disalahtafsirkan erti kekalahan itu, cuba lihatkan dari sudut positif, pandang dari segi semua itu, kebanyakan kelemahan itu adanya kekuatan yang kita kadangkala xjumpa, sering terlepas pandang, tapi itu smua adalah lumrah hidup..

arakian nak dijadikan cerita, semua kisah ini berlaku ditempat kerjaku,lebih jelas lagi smua ini berlaku pada pihak pengurusan sendiri. Bukan aku mahu buka pekung didada, namun aku rasa sudah sesak dengan smua ini.

Permulaan kisah ini berlaku semenjak pertukaran guru besar, dan rombakan yang dibuat oleh pihak pengurusan daerah. Pada mulanya aku rasa seronok la jugak sebab kekosongan yang terdapat dalam pihak pengurusan terisi semula, penantian kami berkakhir, namun..smuanya bertukar jadi mimpi ngeri..

entahlah, mahu saja aku luah smuanya disini, tentang kegeraman kami, ketidakpuashatian kami..ye ke ketidakpuashatian?bolehla tu..hehhehe..hurm..xpelah..aku cuba bertahan sehingga smpai waktu dan ketika yang ditetapkan..aku cuba mengalah demi sebuah kemenangan..yesza!!!

Sekadar renungan

Posted in Uncategorized on July 28, 2009 by AL-Qalam

Sebuah kapal karam diterjang badai hebat. Hanya dua lelaki yang dapat menyelamatkan diri dan berenang ke pulau kecil yang gersang. Dua orang yang selamat itu tak tahu apa yang harus dilakukan kecuali berdoa. Untuk mengetahui doa siapakah yang paling dikabulkan, mereka sepakat pergi ke daerah berasingan dan mereka tinggal berjauhan.

Doa pertama, mereka memohon diturunkan makanan. Esok harinya, lelaki pertama melihat sebuah pohon penuh buah-buahan tumbuh di sisi tempat tinggalnya. Sedangkan di daerah tempat tinggal lelaki yang lainnya tetap kosong.

Seminggu kemudian. Lelaki pertama merasa kesepian dan memutuskan berdoa agar diberikan isteri, keesokan harinya, ada kapal karam dan satu-satunya penumpang yang selamat adalah seorang wanita yang terdampar di sisi pulau tepat lelaki pertama tinggal. Sedangkan di sisi tempat tinggal lelaki ke dua tetap saja tidak ada apa-apa.

Segera saja, lelaki pertama ini berdoa memohon rumah, pakaian dan makanan. Keesokan harinya, seperti keajaiban, semua yang diminta hadir untuknya. Sedangkan lelaki yang kedua tetap saja tidak mendapatkan apa-apa.

Akhirnya, lelaki pertama ini berdoa meminta kapal agar ia dan isterinya dapat meninggalkan pulau itu.

Pagi siang hari mereka menemui kapal tertambat di sisi pantainya. Segera saja lelaki pertama dan isterinya naik ke atas kapal dan siap-siap berlayar meninggalkan pulau itu. Ia pun memutuskan meninggalkan lelaki kedua yang tinggal di sisi lain pulau. Menurutnya lelaki kedua itu tidak pantas menerima keajaiban tersebut kerana doa-doanya tak pernah terkabulkan.

Apabila kapal siap berangkat, lelaki pertama mendengar suara dari langit, “Hai. Mengapa engkau meninggalkan rakanmu yang ada di sisi lain pulau ini?”

“Berkatku hanyalah milikku sendiri, hanya kerana doakulah yang dikabulkan,” jawab lelaki pertama.

“Doa temanku itu tak satupun dikabulkan. Maka ia tak pantas mendapatkan apa-apa,”

“Kau salah!” suara itu bertempik.

“Tahukah kau bahwa rakanmu itu hanya memiliki satu doa. Dan semua doanya terkabulkan. Bila tidak, maka kau takkan mendapatkan apa-apa.”

Lelaki pertama bertanya, “Doa macam apa yang dia panjatkan sehingga aku harus berhutang atas semua ini padanya?”

“Dia berdoa agar semua doamu dikabulkan”

Moral :
Kesombongan macam apakah yang membuat kita merasa lebih baik dari yang lain? Banyak orang yang telah mengorbankan segalanya demi kebahagiaan kita. Tak selayaknya kita mengabaikan peranan orang lain, dan janganlah menilai sesuatu hanya dari “yang terlihat”

Antara cinta dan persahabatan

Posted in life on July 27, 2009 by AL-Qalam

Mampukah anda membayangkan Persahabatan tanpa Cinta? Persahabatan dan Cinta adalah teman terbaik kerana dimana ada Cinta, Persahabatan selalu berada disampingnya. Dan dimana Persahabatan berada, Cinta selalu tersenyum ceria dan tidak pernah meninggalkan Persahabatan.

Pada suatu hari, Persahabatan mula terfikir bahawa Cinta telah membuat dirinya tidak mendapat perhatian lagi kerana Persahabatan menganggap Cinta lebih menarik daripada dirinya.

“Hmmm…seandainya tidak ada Cinta, mungkin aku akan menjadi lebih terkenal, dan lebih banyak orang memberi perhatian kepadaku.” fikir si Persahabatan. Sejak hari itu Persahabatan memusuhi Cinta. Ketika Cinta bermain bersama Persahabatan seperti selalu, Persahabatan akan menjauhi Cinta. Apabila Cinta bertanya kenapa Persahabatan menjauhi dirinya, Persahabatan hanya memalingkan wajahnya dan beredar pergi meninggalkan Cinta.

Kesedihan pun menghampiri Cinta dan Cinta tidak sanggup menahan air matanya dan menangis semahu-mahunya. Kesedihan hanya dapat termangu memandang Cinta yang kehilangan teman baiknya. Beberapa hari tanpa Cinta, Persahabatan mula bergaul rapat dengan Kecewa, Putus Asa, Kemarahan dan Kebencian. Persahabatan mulai kehilangan sifat manisnya dan orang-orang mulai tidak menyukai Persahabatan. Persahabatan mulai dijauhi dan tidak lagi disukai. Walaupun Persahabatan cantik, tetapi sifatnya mula memualkan. Persahabatan menyedari bahawa dirinya tidak lagi disukai lantaran banyak orang yang menjauhinya. Persahabatan mulai menyesali keadaannya, dan saat itulah Kesedihan melihat Persahabatan, dan menyampaikan kepada Cinta bahawa Persahabatan sedang dalam kedukaan.

Dengan segera Cinta berlari dan menghampiri Persahabatan. Saat Persahabatan melihat Cinta menghampiri dirinya, dengan air mata yang berlinang Persahabatan pun meluahkan seribu penyesalannya meninggalkan Cinta. Dipendekkan cerita…Persahabatan dan Cinta kembali menjadi teman baik. Persahabatan kembali kepada peribadi yang menyenangkan dan Cinta pun kembali tersenyum ceria. Semua orang melihat kembali kedua teman baik itu sebagai berkat dan anugerah dalam kehidupan.

Moral:
Mampukah Persahabatan tanpa Cinta? Mampukah Cinta tanpa Persahabatan? Sering kali ditemui banyak orang yang cuba memisahkan Persahabatan dan Cinta kerana mereka berfikir, “Kalau Persahabatan sudah disulami dengan Cinta, pasti akan jadi sulit!” Terutama bagi mereka yang menjalin persahabatan antara lelaki dan wanita. Persahabatan merupakan bentuk hubungan yang indah antara manusia, dimana Cinta hadir untuk memberikan senyumnya dan mewarnai Persahabatan. Tanpa Cinta, Persahabatan mungkin akan diisi dengan Kecewa, Benci, Marah dan berbagai hal yang membuat Persahabatan tidak lagi indah.

Berhentilah membuat batas antara Cinta dan Persahabatan, biarkan mereka tetap menjadi Teman baik. Yang harus diluruskan adalah Cinta bukanlah perosak Persahabatan, Cinta memperindah persahabatan anda. Seringkali Cinta cuma dijadikan kambing hitam sebagai perosak sebuah persahabatan. SALAH BESAR !!! Seharusnya dengan adanya Cinta, persahabatan akan semakin menyenangkan.

Teman-teman yang sedang menjalin Persahabatan…Penuhilah persahabatanmu dengan Cinta, berikanlah Cinta yang terbaik untuk sahabatmu.

Teman-teman yang sedang mengalami goncangan dalam persahabatan, jangan salahkan Cinta! tetapi cubalah perbaiki persahabatanmu dengan cinta kerana cinta akan menutupi segala kesalahan, mengampuni dengan mudah dan membuat segala sesuatu yang tidak mungkin menjadi mungkin.

Teman-teman yang belum mengerti erti Persahabatan …cubalah memulai sebuah persahabatan, kerana dengan persahabatan kalian akan semakin dewasa, tidak egois dan belajar untuk mengerti, bahwa segala sesuatu tidak selalu terjadi sesuai dengan keinginan kita.

Teman-teman yang sedang kecewa dengan Persahabatan … Renungkanlah, “Apakah saya sudah menjalani Persahabatan dengan benar?” Dan cubalah memahami erti persahabatan buat hidupmu.Keinginan, semangat, pengertian, kematangan, kelemahlembutan dan segala hal yang baik akan engkau temui dalam persahabatan…

Sahabat…

Posted in Uncategorized on July 18, 2009 by AL-Qalam

Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.. tetapi
dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat
yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang
sahabat,begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita
cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa
dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia
peluang untuk menerang keadaannya.

Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.Kita
terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti….kerana kita
juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan,
‘memaksa’dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang
perasaannya??? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa….tetapi kita
sering terlupa.Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi
kita pada waktu kita memerlukan dia.

Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan,
harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan
penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang
diri kita hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang
ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa
bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana
dia pernah menyabarkan kita? Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan
dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti
mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah
kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh
dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan? Sesekali jadilah
kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk
memahami hati dan perasaan kawan, kerana dia juga seorang manusia; dia
juga ada rasa takut, ada rasa…bimbang, sedih dan kecewa.

Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.
Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi
mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Disebalik
senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin
diluahkan,disebalik kesenangannya,mungkin tersimpan seribu kekalutan,
kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia,
mungkin kita akan tahu.

Renungilah… terima kasih padamu sahabatku..maafkanlah diriku kerana
selalu silap tafsir terhadap dirimu..

janji

Posted in Uncategorized on July 9, 2009 by AL-Qalam

agak lama jugakla aku xposting blog ni..bukan aku merajuk dengan smua ni, cuma aku letih dengan keadaan sekeliling yang kadangkala menghimpit aku, bila ke sana..mereka dengan cara mereka, bila kemari dengan golongan satu lagi..oleh itu aku mengambil jalan tengah bagi menguraikan segalanya, aku mengambil jalan

kita bukannya sesiapa yang cukup sempurna untuk memuaskan hati semua pihak, aku bukan sempurna untuk melengkapkan segala keperluan mereka, cukuplah membantu sekadar yang perlu

erm, kadangkala apa yang aku xpasti, mebuatkan aku tertanya adakah aku akan bersifat begitu juga bila aku berada diatas?ku harapkan ianya tidak berlaku keatas aku, betapa ku merenung sepi dengan sayup mata memandang…insiden bermula pada ketika aku dilanda kesibukan untuk mendapatkan semangat untuk menghadapi hari terbuka..

arakian ceritera..adala seseorang itu, menelefon aku, suruh aku ke tempat kerja dengan segera kerana ada tugas, beginilah serba sedikit perbualan kami:-

“dia” : kamu sibuk tak harini?
aku : tak jugakla, sekadar membetulkan buku, napa ya?
“dia” : teman saya ke bank jap, boleh?sy mahu keluarkan dan cashkan cekuntuk keperluan sekolah minggu depan, xpe..duit minyak aku bayar,rm20.00 cukupkan?makan smua aku tanggung, xpayah risau, dtg ya awal sikit?
aku: (dengan berat ati) erm, insyallah boleh..nanti sy dtg awal ya

memandangkan aku da berjanji, dan dengar dengan jelas janji nya tu membuatkan aku melangkah longlai ke kereta untuk menuju ke tempat kerja..sesampai je kat sana…terlihat sesusuk tubuh yg mmg sudah menantiku, bersembang dengan rakan sekerja yang lain, apa yang menarik perhatianku, sikapnya yang xubah seperti ketam, mahu mengajar anaknya berjalan lurus, tetapi sendiri berjalan bengkok, “dia” berceritakan pengalaman di tempat kerja lama, gah!! kononya semua pihak memandang tinggi kepadanya, segala urusan ‘dia’ yang langsaikan, siap berkata lagi kamu smua nak makan apa arini?aku belanja, baru gaji ni..xpe..order je..smua on table, aku da jemu terus turun ke tempat parking dan kelihatanla ‘dia’ menyuruhku parking kereta dihadapannya, mmg da aku sangka sejak awal lagi kereta aku menjadi mangsanya,bukan aku xikhlas, tapi caranya membuatkan aku terkilan sehingga kini, bukan terkilan xdapat apa yang dijanjikan, tapi terkilan dengan sikapnya.

lalu bergeraklah kami menuju ke bank yang dimaksudkan, sepanjang perjalanan, banyaklah cerita yang dicelotehnya, namun satu pun aku xberminat untuk membalas dan mendengarnya, bukan apa, banyak yg diceritanya berdasarkan kisah lapuk, kisah yang aku da muak nak dengar, tentang komen2nya terhadap kawan2 sekerjaku, aku naik jelak, naik mual bila dia mula membanggakan dirinya, walhal, pada kami, nescaya satu butir debu pun tidak memberikan manfaat kepada kami kami teruskan perjalanan sampai kesebuah bank berdekatan, dan bila selesai, kami pergi ke sebuah bank yang seterusnya, sampai sahaja disana, no giliran kami terlalu jauh, ‘dia’ mengajakku makan tgh ari, aku sebtulnya malas nak makan dengan ‘dia’ ni, bukan apa, seleraku kian berkurang hari demi hari, so nak ikutkan langkahnya, aku pun layankanlah, kerana teringat janjinya..aku orderla mee rebus, lantaran terpesona dengan baunnya..makan la aku dengan lemah longlai sebab aku xtahan dengan ceritanya, membosankan!!

sesudah makan..kami bergerak ke bank, nah disana..lakonannya kembali semula bila bertemu rakan lama, punyala suka, berborak smpai dengar satu bank, aku yg disebelahnya tersipu malu melihat org memandang kami,peh!! sabar je masa tu, kalau dikukur ketebalan muka ni, mau beberapa inci jugak ni tebalnya..

dipendekkan cerita, waktu pulang, aku sekadar bertanya, yela..mengikut ceritanya begitu hebat menceritakan selok belok kawasan ni, mana la tau betul, cume aku sekadar menduga lantas bertanyakan mana ye laluan yang terdekat untuk pulang..maka jawablah ia, belok kiri, ikut saje..nah!! aku belok kiri, masuk ke taman perumahan smpai kami sesat ntah kemana, berbekalkan minyak kereta yang sikit tu, aku memberanikan diri teruskan memandu, sampai sahaja tempat kerja, belum turun lagi, dia da berkata:

minyak rm10 je la ye, bayaran makan aku dengan kau tadi, aku,tadi tolak dari yang pada asalnya nak bagi ko, ye?

berdesing telinga!!bukan aku mengharapkan sgt duit tu, tp disebabkan berjanji, dan juga gahnya bercerita pada teman yang lain menjadikan aku kini melihatnya satu aras jatuh lagi daripada aras kemuliaan yang dahulunya yang telah jatuh sepertimana yang aku tetapkan

Fitrah fitri

Posted in life on April 16, 2009 by AL-Qalam

Rindu? satu kata yang mudah dilafazkan, namun sukar untuk dizahirkan, sukar untuk ditafsirkan. Adakah rindu satu penyeksaan? adakah rindu juga satu penderitaan yang harus dihadapi oleh setiap insan? Tidak! rindu sebenarnya naluri, sepertimana gembira, kasih sayang..suka,duka, derita dan segalanya. Setiap insan ada kerinduan, rindu pada ketenangan, rindu pada jiwa yang satu dan juga rindu pada Ilahi. Dengan rindu, lahirnya kasih sayang, dengan rindu juga akan adanya sifat belas ikhsan, dengan rindu juga wujudnya persaudaraan.

namun berbalik pada insan itu sendiri untuk leraikan, untuk huraikan smua kerinduan ini

Bersyukurlah jika kita merasakan kerinduan, kerana itu firah fitri, simbol kita masih berperasaan dan berperikemanusiaan, rindu sememangnya sukar untuk dimengerti, dengan rindu akan punya hati, dengan rindu juga akan punya naluri, dengan rindu juga segalanya akan kekal abadi..

berbicara tanpa kata

Posted in life on April 4, 2009 by AL-Qalam

eheh macam pelik je bunyinye post aku kali ni..hehe cerita ni saje aku nak kongsi sebabnya aku da xtau nak mintak pandangan tu macam mana..ceritanya bermula pada kelmarin, aku keluar dengan seorg guru ni, ibarat pangkat dan statusnya lebih baik dari aku, aku keluarla dengannya sebab ada tugas diluar bidang..oh ya..tugas sekola juga ok..hehe..erm bila tugas aku da settle..die ajak g makan..aku apalagi..org da belanja kan..layankan je la..haha pada mulanya aku hormat dengan die ni, tapi bila satu hal ni membuatkan aku sikit terguris dengan pandangannya terhadap kami, orang bawahan die..

cerita kami berkisarkan majlis maulidurrasul yang bakal menjelang xberapa lama lagi, mualnya kami bercerita tentang tugas kerja yang dah diagih2kan..itu aku xkisah..dan kami xkisah… tapi bila tbe2 die bercerita tentang kesediaan para guru memberikan kerjasama untuk merealisasikan majlis tersebut, aku mula mendiamkan diri sebabnya?bukan aku xtau sebabnya..cuma mahu dia lontarkan pendapat dan pandangannya terhadap kami..nah…sekali dia berbicara membuatkan aku terkedu, betapa rendahnya dia melabel kami, membuat penilaian kepada kami :

alah..cikgu2 ni..aku bagi je duit..jalan semua kerja..

wah..betapa terkejut aku mendengarkan kata2 itu, apa yang dia tahu tentang kami?nothing..takde apa yang dia tahu tentang kami..akhirnya aku mendiamkan diri, bukan kerana malu, tetapi bila dah dilabel sebegitu, aku rasa, lebih baik aku mendiamkan diri dari berkata, biarlah dia tahu apa itu maruah, dan akhirnya perbualan kami mati disitu, kerana aku rasa..lebih baik aku berbicara tanpa kata..

Cinta dan kasih sayang insan

Posted in life on April 4, 2009 by AL-Qalam

Arakian dengan segala cerita yang telah berlaku dalam hidup ini, membuatkan aku lebih tabah, lebih tenang dan lebih santai dalam menghadapi dugaan dan cabaran hidup ini, aku amat bersyukur dengan apa yang telah berlaku selama ini, sepanjang hidup ini.

Dahulunya aku rasakan aku lah insan paling xberguna, paling berduka dan paling bernasib malang kerana apa yang aku inginkan, aku harapkan biasanya tak berlaku dan x berkesan dalam hidup ini, entah berapa kali jugak aku rasakan yang aku ini tak layak untuk disayangi oleh insan lain

walau aku sedari semua ini kadangkala semacam aku berputus asa..tapi ntahlah..betapa aku merasakan kesepian, kesunyian itu, tetapi tatkala aku hampir tersungkur, masih ada insan yang sudi singgah dalam hati ini, hidup ini, ah..hidupku kembali ceria dan gembira.

Tiap hari yang aku lalui ibarat bintang kejora yang bersinar, dan berseri seseri yang mungkin..ahaa~~seseri? Kena ke perkataan tu?hahaaaa entahla..sbb aku xtau nak gambarkan dengan perkataan dah..ahaa boleh je la..heheh..

Erm, Cuma tu la..aku da terlalu sygkannya,macam diri ak, hidup aku sendiri,bahkan aku sanggup untuk korbankan nyawaku deminya, kerna dia hadir dikala aku dirundum kesedihan, dengan janji, dengan nekad, selagi hayatku masih ada..aku akan menjaganya dan menyayanginya semampuku, aku akan menjadi yang terbaik untuknya, itu janji aku pada kamu, dan kamu boleh pegang janji itu smpai bila2 dan aku tetap dengan pendirian itu..terima kasih ya dik

Terima Kasih Allah

Posted in life on March 24, 2009 by AL-Qalam

Dalam kekusutan yang melanda diri, tanpa aku sedari masih ada insan yang memerhati, yang prihatin. dengan ikhlas ingin menemani aku melerai kekusutan yang menerjah hidupku. Betapa agung kasih TUHAN, menyirami aku dengan kegembiraan walau, aku sering leka ditelan keindahan dunia.

Kehadirannya menjadikan aku sedar dari lamunan kehancuran, sementelahan menghakis segala kisah silam yang sering menjadikan aku rebah ,walau terkadang aku melupakanNya, namun Dia xpernah melupakan hambaNya..Ah..betapa aku sungguh malu, sungguh segan denganMu Ya Allah, aku ingin berubah, namun kenapa begitu liat diri ini untuk tetap istiqamah dalam menjalani, menempuhi hidup ini?aku sungguh malu dengan smua ini..yaa..ku tahu dan ku pasti aku harus berubah, namun aku perlu mengubah dulu diri ini, hdup ini hanya sekali, jadi jalani hdup yang kita mahukan semahunya, tapi mestila berlandaskan perjalanan yang telah ditetapkan oleh Ilahi..ah..Terima Kasih Allah kerana menemukan aku dengan dia..terima kasih juga buat insan itu kerana sudi membuatkan aku masih berpegang pada kenyataan bahawa masih ada insan yang sudi untuk menjadi teman hidup ini, walaupun aku kini tiada lagi sang balqis yang menemani hidup ini, namun aku bersyukur diberikan teman untuk menemani dalam pergolakan hidup ini, andai ini dinamakan kasih sayang seorang insan pada insan yang lain, aku akan sentiasa menjaganya dengan sebaik yang mungkin, aku da xnak dah melihat kebelakang apa yang telah berlaku, apa yang telah terjadi,cukuplah…cukup..dengan sekali kesedaran yang diberikan, aku akan sentiasa sedar dengan apa yang berlaku,

hidup memang banyak masalah dan pengorbanan yang perlu dilakukan namun itu bukan satu alasan untuk hidup sentiasa berada dalam kesedihan dan menderita

dengan apa yang berlaku, dengan apa yang dihadirkan kini, aku kian gagah mengorak langkah dalam menjalani smua ini…ku amat bersyukur sekali dengan semua ini, amat bersyukur..jutaan..malah bukan jutaan..dengan layaknya aku boleh mengucapkan terima kasih ini pada kehadirannya dalam hidup ini…..

terima kasih dik.. :)